BULETIN ASRAMA

SUAI KENAL ASRAMA | 11.03.2024

Tak kenal maka tak cinta, begitulah aktiviti pertama apabila masuk ke asrama. Adik-adik harus mengenalkan diri kepada abang-abang mereka yang lama di asrama ini. Semoga ukhwah yang terjalin berpanjangan hingga ke hujung hayat.

PENDAFTARAN ASRAMA | 10.03.2024

Selamat Kembali ke asrama dan selamat datang ke Asrama SMK Clifford bagi penghuni yang baharu. Semoga cekal berada di asrama dan sentiasa menjaga diri dan disiplin diri semasa menghuni di asrama ini. Terima kasih kepada Ust Rosmadi, Penolong Pegawai PPD Unit HEM sudi hadir bersama melihat pendaftaran asrama pada hari ini.

KUNJUNG BANTU PEGAWAI ASRAMA | 07.03.2024

Terima kasih diucapkan kepada tuan Piruz dari JPN kerana sudi hadir bagi  sesi kunjung bantu asrama bagi persediaan menerima murid baharu asrama ini. kami amat berbesar hati dengan kehadiran tuan. :D

"SPOTCHECK" ASRAMA | 05.02.2024

Pemeriksaan berkala ataupun "Spotcheck" perlu dilakukan secara berterusan untuk mengelakkan berlakunya kejadian atau pelangaran peraturan asrama yang telah dilakukan oleh penghuni. Setakat ini terdapat 5 kes melibatkan salah laku disiplin termasuk memiliki vape / rokok elektronik.

PULANG BERMALAM | 26.01.2024

Selamat Pulang ke kampung halaman masing-masing. Apa yang penting adalah kekemasan dan disiplin ke masjid bagi menunaikan Solat Jumaat . 26.01.2024

SERVIS BERKALA BAGI ASRAMA | 24.01.2024

Keselesaan dan kemudahan asrama adalah satu perkara yang penting bagi kemudahan asrama. Servis berkala bagi sistem pembentungan asrama adalah salah satu perkara yang perlu dilaksanakan bagi menjamin keselesaan penghuninya. Terima Kasih pihak Indah Water. 24.01.2024

KEHADIRAN KETUA PPD DAERAH KUALA KANGSAR | 20.01.2024

Terima Kasih diucapkan kepada Ketua PPD Kuala Kangsar dan Timbalan PPD Kuala Kangsar atas kesudian hadir ke Asrama SMK Clifford bagi meninjau keadaan asrama pada waktu malam. 20.01.2024

UCAPAN TUAN PENGETUA DAN SOLAT BERJEMAAH BERSAMA MURID ASRAMA | 20.01.2024

Antara rutin mingguan tuan pengetua SMK Clifford iaitu sentiasa memberi nasihat kepada anak-anak asrama serta dorongan untuk menjadi insan yang cemerlang. Semoga anak-anak asrama sentiasa menjadi anak-anak yang baik lagi cerdik.