INFO SMK CLIFFORD KUALA KANGSAR

SEJARAH TELAH TERCIPTA


SELASA, 23 April 2024. Alhamdulillah telah berlangsung Majlis Perasmian & Pelancaran Bas Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar bersama Penaung OCA DYAM Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah, D.K., D.K. II (Johor)., D.K.A. II., P.S.M., S.P.C.M., S.S.D.K., Old Cliffordian Association OCA dan Jabatan Berkaitan


Tarikh: 23 April 2024 (Selasa)

Masa: 8:30 pg

Tempat: Dataran SMK Clifford Kuala Kangsar, SMK Clifford Kuala Kangsar



Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan lelaki yang terletak di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan dan antara sekolah lelaki premier yang tertua di Malaysia khususnya dan tertua di Perak amnya. 


Visi 

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.


"The Ship Is More Than The Crew" ialah moto Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford. Dahulu moto ini diletakkan pada lencana sekolah tetapi sekarang ditiadakan. 


"The Ship" ialah perkataan simbolik yang bermakna sekolah dan "The Crew" membawa makna pelajar. 


Oleh itu, makna tersirat bagi moto sekolah "The Ship Is More Than The Crew" ialah sekolah atau alma mater (ibu kandung) lebih penting daripada para pelajarnya. Lebih jelas lagi bererti setiap pelajar lepasan sekolah ini akan atau telah menempa kejayaan setelah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford. Sekolah telah memberi segala bentuk kemudahan, bimbingan, dorongan, nasihat dan pengalaman sehingga para pelajar menjadi tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang pekerjaan. 

SENARAI PENGETUA-PENGETUA SMK CLIFFORD KUALA KANGSAR

LAGU SEKOLAH


Clifford sekolahku tercinta,

Berusaha berbakti cogan kita


Pupuk semangat waja

Berjuang demi ibu kandung


Majukan diri

Bina negara


Bersatu, Berpadu,

CLIFFORD


LOGO SEKOLAH

ASRAMA SMK CLIFFORD

Asrama SMK Clifford terdiri daripada satu blok untuk penghuni lelaki dan satu bangunan lama (Seperti di dalam gambar) bagi penghuni perempuan. Kapasiti asrama bagi SMK Clifford adalah sebanyak 102 bagi penghuni lelaki dan 20 bagi penghuni perempuan.



LOKASI